Thursday 7 July 2011

Pengisar air batu


Pengisar air batu aku beli dikedai barang2 terpakai harga boleh tahan, berkeadaan baik, boleh digunakan lagi. Lihat saja pengisar ini teringat aku zaman kanak2ku hujung tahun 60an. Air batu kepal yang dikisar oleh pengisar air batu, menjadi kegemaran ku. Air batu kisar + air sirap bergula beralaskan kertas surat kabar yang dipotong 4 segi  harga cuma 5sen sahaja......... Perh sedapnya ...............................terasa sehingga sekarang. Rakan2 sebaya!!!!!  ingin merasa datang lah kerumahku sama2 kita kayuh pemutarnya.

Air batu kepal



Botol Oren Long Can (Oren Bodoh). Masa kecil dulu nak dapat rasa oren ini ................tunggu masa demam barulah dapat rasa. Mak susahnya



Bekas Aiskrim ini pada tahun 70an biasanya utk menyimpan aiskrim Malaysia, peniaga kecil2an / penjaja menyimpan aiskrim didalamnya. Harga aiskrim Malaysia pada ketika itu 5sen. Waktu perkelahan bekas ini diisi aiskrim Malaysia atau pun nasi panas.


Bekas Air Batu.

No comments:

Post a Comment